MERDEKAKAH ALAM SEKITAR KITA?
- Get link
- X
- Other Apps
Agen Bandar QQ - Menteri Sumber
Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru
ini membuat pernyataan yang jelas tentang komitmen kerajaan berkaitan
kualiti alam sekitar dan pemuliharaan kepelbagaian biologi negara untuk
masa sekarang dan untuk generasi yang akan datang.
Sempena menyambut Hari Kebangsan
dan dalam proses Transformasi Nasional 2050 (TN50), tema Negaraku Alam
Sekitarku amatlah sesuai dan mesti difahami, dihayati dan dilaksanakan
oleh semua rakyat Malaysia.
Namun begitu walaupun kerajaan telah
menunjukkan komitmen yang tinggi keadaan alam sekitar kita masih belum
pada tahap terbaik, kos pengurusan sampah masih tinggi, pencemaran bahan
kimia masih berlaku , aktiviti penebangan balak atau pembersihan hutan
masih berlaku tanpa kawalan yang baik, kejadian banjir lumpur masih
berlaku, masih ada pihak yang tidak puas hati dengan pengurusan alam
sekitar dan alam semula jadi oleh kerajaan.
Perkara ini terus berlaku mungkin kerana
kita belum mempunyai undang-undang yang mantap dan pelaksanaannya yang
masih longgar. Perkara berkaitan dengan undang-undang mestilah dilihat
dengan lebih terperinci selari dengan dasar kerajaan dan proses
pelaksanaan atau penguatkuasaan undang-undang yang ada. Undang-undang di
semua jabatan berkaitan mesti dilihat semula dan diselaraskan agar
dalam proses perancangan, pembangunan dan penguatkuasaan undang-undang
ada keseragamannya dan tidak ketinggalan dalam membuat keputusan yang
melibatkan alam sekitar dan pengurusan serta pemuliharaan sumber asli
negara.
Kalau dilihat kenapa isu pencemaran bahan
kimia, banjir lumpur, pembangunan di kawasan penampan sungai, pembalakan
haram dan kehilangan kepelbagaian biologi terus berlaku mungkin kerana
perlaksanaan undang-undang yang tidak seragam dan tidak berkesan.
Kelemahan undang-undang sedia ada,
integrasi antara jabatan, pengetahuan penguatkuasa undang-undang dan
kuasa yang diberikan kepada penguatkuasa dalam hal alam sekitar untuk
menguatkuasakan undang-undang mestilah dilihat dengan terperinci.
Penglibatan pakar undang-undang dan pakar berkaitan alam sekitar dan
kepelbagaian biologi mestilah dilibatkan sekiranya memerlukan kajian
semula undang-undang dan kaedah pelaksanaannya .
Pengalaman dalam menggubal Dasar
Kepelbagaian Biologi Negara 2016-2025 misalnya melibatkan nasihat dan
pandangan pakar-pakar dan ahli sains dari dalam dan luar negara.
Maklumat daripada seminar dan konferens
dirujuk dan dianalisis bagi memantapkan dasar yang digubal. Ini penting
agar dasar yang digubal itu berada pada landasan tepat dan boleh
mencapai matlamatnya.
Maklumat tentang undang-undang ini mestilah
diterjemahkan dengan cara terbaik untuk semua masyarakat supaya faham,
mempunyai kesedaran dan menjadi agen kerajaan dalam memastikan
undang-undang berjalan selari dengan dasar kerajaan tentang alam sekitar
dan kepelbagaian biologi untuk kepentingan masyarakat dan negara.
Perkara kedua penting ialah pengetahuan
yang lengkap dikalangan masyarakat tentang alam sekitar dan kesannya
kepada manusia. Misalnya berapa ramai masyarakat Malaysia faham apa yang
berlaku setelah mereka membuang satu beg plastik di luar rumah. Berapa
ramai yang akan berkata beg plastik itu akan di bawa angin atau air ke
longkang dan akhirnya ke sungai dan kemudian ke laut.
Di laut akan memberi kesan kepada hidupan
liar seperti penyu, ikan atau ikan paus yang akan mengancam populasi
haiwan itu yang mana akhirnya boleh mengganggu kestabilan cuaca dunia.
Mungkin juga ada yang akan berkata beg
plastik itu akan dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dibawa ke
tapak pelupusan sampah yang kemudiannya ditimbus di situ untuk sekian
lama.
Sudah banyak dibincangkan dalam media massa
, seruan PBT dan diajar di dalam bilik darjah secara formal, plastik
boleh memberikan kesan kepada alam sekitar secara fizikal atau secara
pencemaran bahan kimia.
Begitu juga kefahaman tentang penebangan
hutan yang boleh mengakibatkan banjir lumpur, kehilangan kepelbagaian
biologi negara dan akhirnya memberikan kesan kepada manusia dari segi
ekonomi dan kesihatan.
Masalah pencemaran air sungai yang
mengganggu bekalan air minuman & kegunaan domestik telah lama mengajar
masyarakat. Ringkasnya pengetahuan masyarakat tentang alam sekitar &
rantaian masalah yang serius mestilah difahami bukan sahaja melibatkan
kos tetapi menjadi bencana alam yang merugikan dan kesan kepada
kesihatan kehidupan termasuk manusia jangka pendek dan jangka panjang - SAHABAT QQ
Contact Us
Fanspage FB : Sahabat QQ
Pin BB : 2AE48042
Pin BB : 2BD6A2E3
WA : +855-81734021
LINE : SAHABATQQ
WECHAT : SAHABATQQ
TWITTER : @SahabatQQ
YM : cs2_sahabatqq@yahoo.com
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop
- Get link
- X
- Other Apps

Comments
Post a Comment